Setelah Aldersgate: berkarya dengan kaum Moravia John Wesley

jmpl|Ketika dilarang berkhutbah dari mimbar gereja paroki dalam Gereja England, Wesley mulai berkhutbah di tempat terbuka.

Wesley menggabungkan diri dengan perhimpunan Moravia di Fetter Lane. Pada 1738, beliau pergi ke Herrnhut, kantor pusat Moravia di Jerman, untuk belajar.[28] Sekembalinya ke England, Wesley menyusun peraturan bagi kelompok hasil pembahagian Fetter Lane Society serta menerbitkan sehimpunan gita puja bagi mereka.[29] Beliau bertemu secara rutin dengan perhimpunan tersebut dan perhimpunan-perhimpunan religius lainnya di London, tetapi tidak banyak berkhutbah pada 1738, kerana kebanyakan gereja paroki dalam Gereja England tidak menerimanya.[30]

Teman Wesley dari Oxford, George Whitefield, juga dikecualikan dari gereja-gereja di Bristol sekembalinya beliau dari Amerika. Pada Februari 1739, Whitefield pergi Desa Kingswood di dekat sana, berkhutbah di tempat terbuka kepada sekumpulan penambang.[31] Beliau kemudian berkhutbah di Whitefield's Tabernacle. Wesley ragu untuk menerima ajakan Whitefield untuk meniru langkah beraninya. Mengatasi keresahan hatinya, beliau berkhutbah untuk pertama kali atas undangan Whitefield berkhutbah di tempat terbuka, di dekat Bristol, pada April 1739. Wesley menulis:

Saya nyaris tidak dapat mendamaikan diri saya dengan cara khotbah yang aneh ini di lapangan-lapangan, ketika [Whitefield] memberi saya satu contoh pada hari Minggu; setelah sepanjang hidup saya hingga akhir-akhir ini sedemikian gigih akan setiap hal yang terkait dengan kepatutan dan keteraturan, bahwa saya telah berpikir kalau penyelamatan jiwa-jiwa hampir-hampir suatu dosa jika hal itu tidak dilakukan di suatu gereja.[32]

Wesley tidak menyukai gagasan berkhutbah di lapangan kerana beliau meyakini bahawa liturgi Anglikan telah menawarkan banyak hal dalam praktiknya. Sebelumnya beliau berfikir bahawa metode semacam itu "hampir-hampir suatu dosa".[33] Beliau menyedari bahawa ibadah di tempat terbuka berhasil menjangkau kaum pria dan wanita yang tidak memasuki kebanyakan gereja. Sejak saat itu, beliau mengambil berbagai kesempatan untuk berkhutbah di mana saja dapat dihimpun sekumpulan umat, dan lebih dari sekali beliau memanfaatkan batu nisan ayahnya di Epworth sebagai mimbar.[34][35] Wesley melanjutkan selama lima puluh tahun—memasuki gereja bilamana beliau diundang, dan siap sedia di lapangan, di aula, pondok, dan kapel, bilamana gereja tidak menerimanya.[35]

Pada akhir 1739, Wesley memisahkan diri dari kaum Moravia di London. Wesley telah membantu mereka mengorganisasi Fetter Lane Society, dan mereka yang berhasil dikonversi melalui khutbahnya, khutbah saudaranya maupun Whitefield, telah menjadi para anggota dari kelompok-kelompok mereka. Tetapi beliau meyakini kalau mereka jatuh ke dalam bidah kerana mendukung quietisme, maka beliau memutuskan untuk membentuk sendiri para pengikutnya ke dalam suatu perhimpunan terpisah.[36] Demikian," tulisnya, "tanpa satu rencana pun sebelumnya, memulakan Perhimpunan Metodis di England."[37] Tidak lama kemudian beliau membentuk perhimpunan-perhimpunan serupa di Bristol dan Kingswood, sementara Wesley dan teman-temannya dikabarkan membuat sejumlah orang berkonversi ke dalam keyakinan mereka ke mana saja mereka pergi.

Rujukan

WikiPedia: John Wesley http://www.bartleby.com/209/750.html http://www.brycchancarey.com/Carey_BJRL_2003.pdf http://www.brycchancarey.com/abolition/index.htm http://www.christianity.com/ http://www.christianity.com/ChurchHistory/11630227... http://www.christianity.com/church/church-history/... http://www.christianitytoday.com/history/issues/is... http://search.ebscohost.com/login.aspx?direct=true... http://www.firstthings.com/web-exclusives/2014/03/... http://www.hendrickson.com/html/product/563856.tra...